Trendy:

ALOR GAJAH - Seramai 476 graduan Politeknik Melaka (PMK) menerima diploma pada Majlis Konvokesyen PMK Ke-18 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi  JKR (CREaTE), Alor Gajah Melaka baru-baru ini.

  

Majlis yang telah berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh YB Noor Effandi Bin Ahmad, Exco Pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi yang mewakil Ketua Menteri Melaka untuk sidang pertama manakala YBhg Dr Shamsuri Bin Abdullah Pengarah Bahagian Koordinasi TVET Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, telah merasmikan serta menganugerahkan diploma kepada graduan sidang kedua.

  

Seramai 476 graduan telah menerima diploma masing-masing. Penganugerahan diploma diberikan kepada 476 orang graduan daripada Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Perniagaan Antrabangsa & Diploma Akauntansi yang berlangsung dalam dua (2) sidang. Berlangsungnya Majlis Konvokesyen kali ke-18 ini menjadikan graduan keseluruhan yang dilahirkan oleh Politeknik Melaka sejak tahun 2000 sehingga hari ini telah mencecah seramai 8,703 orang.

  

Syabas dan tahniah juga buat penerima Anugerah Pengarah Politeknik Melaka bagi Sesi Dis 2017, Nurfazlin Izzati Binti Suhaili Diploma Kejuruteraan Awam yang juga penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan (Jabatan Kejuruteraan Awam.) Tahniah juga kepada Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan lain iaitu Siti Aslinda Binti Abdullah (Jabatan Perdagangan) serta Nurnazwin azrin binti azman(Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)

  

Tahniah juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Projek Terbaik Kategori Produk (TAJUK: EASY TYRE INSTALLTION JIG) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Muhammad Iman Firdaus bin Mohd Khadir, Nurnazwin binti Azman, Muhammad Ishak bin Mohamad Hambali serta Muhammad Amer Hakimi bin Kamaruddin

Tahniah juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Projek Terbaik Kategori Penyelidikan (TAJUK: STUDY OF CUSTOMER AWARENESS TOWARDS PLACE PRODUCT & PROMOTION) dari Jabatan Perdagangan iaitu Norazierah binti Roslan, Fatin Fatiah binti Ruslan, Nor Fatihah Azwa binti Mokhtar Afendi dan Nurfarzana Nadiah binti abdul Jafar.

  

Syabas dan tahniah juga buat penerima Anugerah Pengarah Politeknik Melaka bagi Sesi Jun 2018, Hema A/P Karuppaniah Diploma Perakaunan Jabatan Perdagangan yang juga penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan (Jabatan Perdagangan) Tahniah juga kepada Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan lain iaitu Norzalikha binti Md Radzi (Jabatan Kejuruteraan awam).

Tahniah juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Projek Terbaik Kategori Produk (TAJUK: EAZYY BBQ) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Afiq Hafiz bin Azrin, Mohd Nabil Syatiri bin Rahmat serta Darilyn Quek Lay Ling.

Tahniah juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Projek Terbaik Kategori Penyelidikan (TAJUK: LIGHTWEIGHT CONCRETE DENGAN MENGGUNAKAN STRYFOAM DAN KACA SEBAGAI BAHAN TAMBAH) dari Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu Nurul afiqah binti abu Bakar, Muhamad Rasyhidi bin Ramli serta Mohammad Alif Fahmi bin Ya'kub.

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11322430
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3685
17160
48006
11185273
300233
364695
11322430

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-26 04:43
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email