Trendy:
Majlis Perwakilan Pelajar   Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Senarai Politeknik   Maklumat Kemasukan/ Bahagian Pengambilan Pelajar
Portal Pelajar Politeknik Melaka   CIDOS

 

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
program Kebolehpasaran Graduan

Unit CISEC (Unit Corporate Industrial

Service and Employment Centre)

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK Kursus Jangka Pendek PMK      
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring      
             

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM
               

Pasukan Melaka United yang tampil dengan lebih garang pada musim baru Liga Futsal Kebangsaan (LFK) kali ini diramal menjadi pilihan para peminat futsal tanah air bagi menghadirkan saingan sengit buat pasukan gergasi, Felda United.

Pasukan bimbingan Mohamad Isah Bin Abd Rahim itu  kini unggul di persada LFK 2017 apabila menang kesemua 5 perlawanan setakat ini.

Skuad yang dibentuk pada edisi 2017 jelas lebih mantap dengan kehadiran 6 orang pemain kebangsaan yang menjadi antara faktor kebangkitan mendadak pasukan ketika ini.

Antara pemain kebangsaan yang direkrut musim ini adalah :

§  Mohd Firdaus Razali (Selangor MPSJ)

§  Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor)

§  Saiful Aula Ahmad (Selangor)

§  Muhammad Awaluddin Hassan (Selangor)

§  Saiful Nizam Mohamad Ali (Felda United)

§  Abu Haniffa Hassan (Felda United)

 

 

Adunan antara pemain berpengalaman dan pemain muda

Kehadiran bekas pemain kebangsaan dan Felda United, Firdaus Ambiah disamping beberapa pemain muda yang beraksi pada kejohanan bawah 19 tahun Piala Raja Iskandar Dzurkarnain 2016 turut menambah sengat Melaka United.

 

Kehadiran pemain-pemain berpengalaman itu dilihat dapat membimbing para pemain muda untuk bersaing hebat seiring dengan prestasi pasukan.

 

Menurut Isah :

” Bagi mengadunkan pemain-pemain yang kita ketahui mempunyai pengalaman luas dan ada juga pemain yang masih baru saya perlu mengetahui karektor setiap daripada mereka. Dari aspek fizikal,mental serta kesesuaian corak permainan mereka dengan apa yang ingin saya terapkan.”

” Selepas itu barulah saya dan pembantu akan membuat penilaian ketika sesi latihan sebelum para pemain tersebut dibahagikan mengikut ‘pair’ yang lebih serasi. Ternyata kaedah tersebut membuahkan hasil ketika ini.”

Ramuan bagi mewujudkan satu pasukan yang ampuh

” Saya amat menitikberatkan elemen ‘brotherhood’ dalam pasukan ini. Dengan penerapan rasa hormat dan sayang kepada pasukan, dengan izin Allah setiap konflik dan situasi sukar yang dihadapi pasukan akan dapat diatasi bersama-sama.”

” Saya juga seringkali mengingatkan kepada para pemain supaya bersikap rendah diri dan sentiasa bersedia dengan tentangan sengit yang bakal dihadapi dari perlawanan ke satu perlawanan yang lain.”

 

Beliau turut melihat perkara positif dalam keharmonian pasukan yang diketuai ‘living legend’  Jamaludin Alias sebagai kunci kepada prestasi terpuji setakat ini.

Persiapan menghadapi Pahang, KL Petaling Putra dan Felda United selepas cuti rehat.

Dengan status Felda United sebagai pasukan pilihan dan Pahang kini berada ditangga kedua liga membuatkan pengendali berusia 41 tahun itu berwaspada dan akan merancang beberapa strategi bagi menghadapi lawan tersebut.

Beliau turut beranggapan cabaran dari KL Petaling Putra juga tidak seharusnya dipandang enteng.

” Saya sebenarnya seorang jurulatih yang mementingkan aspek teknikal. Apabila pemain telah menguasai aspek-aspek yang diperlukan sebagai seorang pemain futsal yang berkualiti, percaturan taktikal akan dipraktikkan mengikut situasi dan tekanan permainan (on the spot).”

” Saya akan merangka beberapa strategi terbaik bagi menghadapi ketiga-tiga pasukan tersebut. Saya melihat kesemua perlawanan sebagai penting walaupun dengan mana-mana pasukan sekalipun.”

Dimana kedudukan Melaka United pada akhir saingan ?

” Sudah semestinya saya mengharapkan Melaka United mampu untuk terus kekal di puncak liga hingga tamat saingan nanti. Saya yakin dengan kemampuan dan komitmen yang ditunjukkan para pemain ketika perlawanan dan sesi latihan.”

Sekiranya mampu meraih kejuaraan musim ini, ia dianggap bonus kerapa sasaran awal pasukan adalah berada dalam kelompok 3 pasukan terbaik.

 

 

Kredit Foto : Melaka United Soccer Association – MUSA

 
  • Pelawaan_Terkini

    SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER , CATRIDGE DAN RIBBON PELBAGAI JENIS DI POLITEKNIK MELAKA    Iklan: 08.03.2017           Tutup : 15.03.2017   Maklumat lanjut,  Sila ke menu pelawat--> Sebutharga

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

766424
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2021
5885
16597
715912
130000
83056
766424

Your IP: 54.211.108.8
2017-03-29 11:09
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email