Sumber : Haidar Nur Rifhan binti Basir 

POLITEKNIK MELAKA, 3 DISEMBER 2021 - Sukacita dimaklumkan KPT telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Ketua Setiausaha Bilangan 3 Tahun 2021 berkenaan dengan Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pengajian Tinggi berkuatkuasa mulai 3 November 2021. Sehubungan itu, pelaksanaan dan pemakaian Arahan Pentadbiran Ketua Setiausaha Bil. 3 Tahun 2021 adalah berkuatkuasa serta merta di Politeknik Melaka. Untuk makluman, pelaksanaan Arahan Pentadbiran tersebut adalah terpakai kepada semua pegawai, kakitangan dan pihak ketiga (Pembekal/Pihak perunding/Semua pihak yang berkaitan) bagi mematuhi dan melaksanakan Polisi Keselamatan Siber KPT yang telah digariskan.

Bersama ini disertakan dokumen Polisi Keselamatan Siber KPT untuk perhatian semua pegawai, kakitangan dan pihak ketiga (Pembekal/Pihak perunding). Tuan/puan dikehendaki membaca, mematuhi dan melaksanakan Polisi Keselamatan Siber yang telah digariskan tersebut di PMK. Untuk makluman, Polisi Keselamatan Siber KPM tersebut boleh dimuatturun melalui portal rasmi portal rasmi PMK https://polimelaka.mypolycc.edu.my (Klik url untuk capaian)

Bersama ini juga dilampirkan Memo Rasmi Pelaksanaan Arahan Pentadbiran ini untuk perhatian semua warga PMK khususnya.

 

Pengarah,

Politeknik Melaka.