21 Oktober 2021 – Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik telah diadakan di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka (PMK) pada 21 Oktober 2021. Sijil kolaborasi merujuk kepada suatu penyataan dan persetujuan awal pihak-pihak untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat jabatan dan institusi tanpa mewujudkan suatu ikatan undang-undang terhadap hasrat kerjasama yang ingin dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Majlis telah dihadiri oleh 13 orang pengurusan tertinggi industri atau agensi dari 6 syarikat yang bersetuju untuk menjadi rakan kolaborasi PMK. Majlis turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi PMK yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan dan Ketua Unit. Rakan industri atau agensi yang terlibat adalah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Negeri Melaka, Malacca Safety Driving Centre (MSDC), Taman Sari Legacy Holdings Sdn Bhd, Syarikat Farhan Adam Food Industries, dan Dominant Opto Technologies Sdn Bhd. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.  Majlis ini diadakan bagi tujuan mengeratkan serta mengukuhkan lagi hubungan kolaborasi antara Politeknik Melaka dengan industri.  Selain itu, majlis menandatangani sijil kolaborasi strategik ini diadakan bagi memastikan jalinan kerjasama antara Politeknik Melaka dan industri atau mana-mana agensi sentiasa diteruskan dengan program-program bermanfaat untuk kebaikan kedua-dua pihak. Diharapkan majlis ini dapat memberi dampak kepada imej dan keterlihatan Politeknik Melaka sebagai penyedia TVET utama di Malaysia.