6 SEPTEMBER 2021, POLITEKNIK MELAKA – Telah berlangsungnya sesi kunjung hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) ke Politeknik Melaka secara dalam talian di platform Googlemeet.

Seramai lebih kurang 40 orang yang menyertainya yang terdiri daripada presiden Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan iaitu Saudara Izzat Zikri Bin Kamarulzaman, Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan, Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka iaitu Saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Tajri, Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka Serta Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan Dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka.

Tujuan sesi kunjung hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk mengetahui sebarang isu/permasalahan yang terdapat di Politeknik Melaka. Seterusnya, Membincangkan cara yang bernas untuk menanganinya disamping meneliti isu yang boleh dibangkitkan kepada pihak pengurusan.

Terdapat lebih kurang lima isu yang dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka sewaktu sesi kunjung hormat berlangsung, antaranya;

  • Sumbangan Peranti tambahan seperti Komputer Riba bagi memudahkan pelajar yang tidak mempunyai peranti untuk mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.
  • Memohon agar Pihak JPPKK dapat menampung sepenuhnya atau separuh daripada kos PCR test/ RTK antigen test iaitu swab test bagi pelajar yang berkeperluan pulang ke kampus iaitu pelajar daripada luar semenanjung seperti sabah dan Sarawak atau pelajar daripada semenanjung yang hendak pergi ke sabah atau Sarawak.
  • Mengeluarkan garis masa dan Tarikh assessment kepada pelajar pada awal semester agar tidak berlakunya penindihan Tarikh penghantaran assessment yang membuatkan pelajar bersesak pada hujung semester.
  • Menetapkan Tarikh pulang bagi setiap jabatan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan/kemusykilan pada pelajar disamping mengekang penularan wabak covid19.
  • Membantu pelajar dalam pengurusan rumah sewa