PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) JABATAN PERDAGANGAN (JP) – PRACTICAL ACCOUNTING

Disediakan oleh : Mohd Fauzi Abu Bakar

3 OGOS 2021 (SELASA) – Perlaksanaan program PSH selama 1 hari ini dijalankan dengan penyertaan 40 orang pelajar Diploma Akauntansi (DAT) semester 5. Program ini adalah berkaitan bidang perakaunan iaitu untuk memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi latihan industri pada bulan September akan datang. Perakaunan merupakan prinsip perekodan sama ada pendekatan secara manual atau berkomputer (perisian). Keperluan program ini dilaksanakan adalah selaras dengan dapatan pemerhatian daripada sesi pembentangan latihan industri pelajar terdahulu. Kandungan dalam program ini  mendedahkan kepada pelajar berkaitan kaedah semasa perakaunan, amalan perakaunan yang baik dan prinsip catatan bergu. Dengan mengikuti program ini, ia akan membantu pelajar agar lebih bersedia dan cepat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang. Konsep program ini adalah berbentuk bengkel iaitu pembelajaran melalui latihan.  

 

   

          

Tiga objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada peserta kaedah perakaunan manual dan berkomputer, serta jenis konsep perisian perakaunan yang ada dalam pasaran. Selain itu, ianya dapat memberi pengalaman kepada peserta beberapa jenis dokumen yang digunakan dalam transaksi perniagaan sama ada dalaman atau luaran. Akhir sekali, program ini memberi kemahiran kepada peserta melengkapkan catatan perakaunan berdasarkan transaksi yang melibatkan dokumen perniagaan. Tiga orang pensyarah JP yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Puan Norizah Binti Mahasan, Puan Noor Azira Binti Sawal dan Encik Mohd Fauzi Bin Abu Bakar.