|
WHAT IS THE C.O.D.E.S? |
|
|
Written by SITI NOORAIN BT AWALLUDIN
|
 14 Januari 2012-Politeknik Melaka. Persatuan Jabatan Perdagangan adalah persatuan dimana ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendaftar di bawah program Diploma Perakaunan dan Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Melaka. Selari dengan visi Politeknik Melaka iaitu Latihan Transformasional Bagi Memenuhi Keperluan Tenaga Pekerja Kerja Global Tahun 2015, adalah menjadi sebahagian tanggunjawab bagi kami untuk membimbing pelajar dari segi kepimpinan dan kepelbagaian kemahiran selain daripada ilmu yang dipelajari di Politeknik. Kami di Persatuan Jabatan Perdagangan berhasrat membuat transformasi terhadap persatuan dari segi pertukaran nama baru, perlantikan jawatankuasa, aktiviti-aktiviti, perancangan jangka panjang dan pendek, membuat kerja amal dan sosial dan lain-lain lagi. Bagi merealisasikan hasrat ini dan dilaksanakan dengan lebih terancang, satu bengkel telahpun dijalankan bagi merancang dan memperhalusi setiap aktiviti dan objektif yang akan dijalankan. Program ini dinamakan “Design The Codes” Bengkel ini telah dikuasakan oleh penasihat Persatuan Jabatan Perdagangan iaitu Puan Nurul, Puan Zakiah dan En. Jayha dengan sokongan Ketua Jabatan iaitu Puan Hilmun, HEPP dan Pengarah PMK. Pesertanya pula terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa setiap program dan semester yang telah dilantik.
 |
|
Read more...
|
|
|
Penantian 13 Tahun Berakhir Jua. |
|
|
Written by NORSHIMAH BT ARIFFIN
|
 Politeknik Melaka, Malim - Alhamdulillah, setelah 13 tahun Politeknik
Melaka diwujudkan, Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj.Mohd Ali bin Mohd
Rustam akhirnya menjejakkan kakinya ke Politeknik Melaka bagi
menyempurnakan Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) baru-baru
ini.
Penyerahan Baucar bernilai RM200 kepada 1,416 orang pelajar Politeknik
Melaka melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM 283,200.00. Dalam waktu
yang sama , Pilihan Raya Kampus Sesi Dis 2011 turut dijalankan di Pusat
Pelajar PMK menyaksikan perebutan 23 buah kerusi yang dipertandingkan serta
membabitkan pencalonan seramai 69 orang pelajar.
Berikut
sambungan rangkaian berita majlis ini yang turut dikeluarkan oleh media-media
tempatan :
|
|
Read more...
|
|
|
MAKLUMAN PTPTN |
|
|
Written by Maszlina Bt Samsuddin
|
PERHATIAN
Dimaklumkan bahawa pelajar Politeknik yang terlewat untuk menghantar permohonan selepas tarikh tutup permohonan kelompok kedua iaitu pada 30 Disember 2011, adalah dimohon pelajar-pelajar Politeknik tersebut menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 30 Januari 2012.
Dimaklumkan juga pelajar yang menghantar permohonan mulai 01 Januari 2012 adalah diwajibkan untuk membuka akaun SSPN, oleh itu sekiranya pelajar memohon tanpa membuka akaun SSPN permohonan tersebut akan ditolak.
Begitu juga bagi pelajar-pelajar yang permohonan mereka ditolak ketika sesi kutipan surat tawaran perlu memohon dengan segera selepas permohonan mereka dibatalkan. proses permohonan ini adalah yang terakhir dan selepas ini tidak akan ada lagi laluan khas.Sekiranya masih ada aduan daripada pelajar selepas 30 Januari 2012, pelajar boleh memohon tetapi permohonan tersebut akan diproses pada semester depan. Bermula pada sem ini 2012/2 sesi Disember 2012 permohonan pelajar perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh PTPTN.Kelewatan pelajar memohon akan menyebabkan permohonan pelajar tidak dapat diproses.Tarikh permohonan 30/1/2012 ini juga akan dipaparkan di dalam laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 114 |